Senin, 23 November 2009


Di dalam sujudku Kau dengar tangisanku Di dalam doaku Kau dengar rintihku Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku Setiap perbuatanku Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku Kau datang mengingatiku Di dalam kegagalanku Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku Kau kurniakan nilai tawa padaku Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam, Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

Aku tadah tanganku Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar